THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Welcome. Thanks For Visiting This Page

Feel free to read all the contents in this blog. Also please do drop your opinions in the survey poll..
Thanks

About Me

My photo
hello Welcome to my humble blog Feel free to look any page you desire

Do You Like On What You Have Read?

Thursday, November 26, 2009

Peluang Hidup Kedua

Aku mempunyai kehidupan yang normal dan tidak mempunyai banyak masalah sehinggalah aku mula bergaul dengan golongan yang tidak bermoral.Aku tertekan dengan pelbagai masalah keluarga pada masa itu.Oleh itu aku mencari jalan mudah untuk melepaskan tekanan aku semua dengan melakukan perkara-perkara yang tidak bermanfaat.Aku mula malas belajar.Aku mula jadi liar.Aku mula terjerumus dengan pelbagai lagi perkara-perkara yang tidak patut aku lakukan.


Setelah sekian lama,aku mula sedar apa yang aku buat suma adalah salah.Aku ingin bertaubat dan cuba mengubah cara hidup aku kembali.Aku mengambil keputusan untuk pergi meninggalkan perangai lama aku dan cuba memulakan hidup yang baru.Mula-mula aku cuba memulakan hidup yang baru ditempat aku memulakan hidup aku dahulu.Tetapi tidak berjaya.Aku susah untuk mensesuaikan diri aku dalam golongan tersebut.Lalu aku berpindah ke tempat lain dengan harapan dapat mencari ketenangan dan dapat memulakan hidup yang baru.Tanpa berfikir panjang tentang perkara ini,aku telah nekad dengan keputusan aku untuk berhijrah.Tetapi penhijrah aku tidak mendatang sebarang manfaat terhadap hidup aku.Keputusan aku ini hanya menerukkan lagi keadaan yang sedia kala.Kini aku hanya tinggal seorang sahaja selain keluarga aku.Tiada kawan yang rapat.Tiada teman untuk berkongsi masalah.


Tahun demi tahun aku memikirkan tentang nasib yang menimpa hidup aku.Dari teruk menjadi lebih teruk.Namun,aku tidak menyalahkan sesapa.Mahu pun ibu bapa dan penjaga aku.Bagi aku mereka tidak bersalah dalam hal ini.Mereka telah berusaha umenjadi yang terbaik untuk aku.Aku bersyukur juga kerana masih mempunyai mereka walaupun jarang bersua muka.Aku mula berputus asa kerana tidak tahan dengan sering gagal dalam memperbetulkan hidup aku kembali.Lalu aku mula mengikut rentak hidup aku yang lama.Aku mula melakukan pelbagai kesalahan kembali.


Tidak lama selepas itu,aku terbabit dalam satu kemalangan jalan raya yang hampir-hampir meragut nyawa aku.Mengikut keadaan pada waktu itu,aku di anggarkan mempunyai peluang untuk hidup adalah nipis.Keluarga aku tidak berhenti-henti menangis apabila mendapat berita tersebut.Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menyelamatkan aku pada malam itu.Akhirnya aku terselamat juga daripada keadaan yang genting tersebut.Aku ditempatkan kedalam wad selama beberapa hari.Dalam masa tersebut,hanya keluarga aku datang menziarahi aku di hospital.Tiada kawan-kawan aku pun yang datang.


Kesan dari kemalangan tersebut,aku mendapat jahitan dikepala dan di telinga.Aku juga mendapat kesan parut yang kekal di badan.Selain itu,kesan sampingan akibat kemalangan tersebut aku juga telah kehilang memori-memori aku.Tetapi tidaklah seteruk mana.Aku masih dapat ingat beberapa perkara dalam hidup aku.Selepas keluar dari hospital,aku mampu ingat kembali serba sedikit perkara-perkara silam aku dengan bantuan keluarga aku.

Hari demi hari aku cuba mengingat kembali perkara-perkara silam aku.Tetapi semuanya masih tetap kabur dalam ingatan aku.Apabila memikirkan kesemua kembali,kepala aku akan menjadi berat dan seperti ingin pecah.Walaupun sakit,aku tetap ingin mengetahui perkara-perkara silam aku.


Aku mengharap kawan-kawan aku dapat membantu aku mengingatkan kembali kisah silam aku.Lalu aku cuba mencari kawan aku dan dapat semula berhubung dengan beberapa kawan lama aku.Tetapi tidak semua mengetahui tentang kemalangan yang berlaku terhadap diri aku.Aku juga tidak ingin memberitahu mereka tentang tersebut.Aku ingin mereka melayan aku seperti mana mereka kenal aku.Dengan itu aku boleh dapat tahu serba sedikit tentang diri aku kembali.Tetapi aku teteap sedih dengan mereka kerana tidak seorang pun yang sendiri datang mencari aku atau menghubungi aku.Dan ada juga yang terus lupa tentang diri aku.Namun aku tidak peduli akan semua itu,apa yang penting hanya mereka sahaja kawan aku sekarang.Tetapi mereka tetap sama,mereka tiada langgung ingat tentang aku atau menghubungi aku.Aku pasrah dan hilang sabar.Jikalau mereka tidak ingin menhubungi aku,tiada sebab lagi aku harus berkejaran menghubungi mereka pula.Aku sanggup bersendirian lagi.


Tidak lama kemudian,ada seorang kawan aku mula menghubungi aku kembali.Dia juga mengambil berat tentang aku.Dia juga telah membuat aku kebali gembira.Dan aku juga selesa dengan dirinya.Aku boleh menceritakan segala masalah aku dengan dia.Tetapi,adakah dia buat sebegini hanya kerana mendapat tahu tentang kemalangan tersebut?Aku serahkan sahaja pada masa untuk mengubahkan segalanya.


Pada mulanya aku dan dia hanya kawan biasa,tiada yang luarbiasa antara aku dan dia.Tetapi itu hanyalah andaian aku.Hanya Tuhan sahaja yang tahu akan perasaan dia terhadap aku.Entah suka atau tidak.Tapi apa yang pasti aku dan dia rapat berkawan.Beberapa tahun yang dulu,aku hanya kenal dia macam biasa sahaja.Hanya tahu nama dia,tempat tinggal dia,umur dia dan perkara-perkara umum sahaja.

Hari-hari aku berjumpa dengan dia.Memang sudah menjadi sifat aku seorang lelaki sering suka menganggu dia.Tidak muak berhari-hari menganggu dia walaupun sampai dimarahi oleh dia kerana sering menganggu dia.Lagi kuat dia marah lagi ingin aku menganggu dia.

Tetapi sekarang entahlah,perasaan aku tiba-tiba berubah.Berubah menjadi sesuatu yang sukar untuk dijelaskan.Mengapa aku merasai semua ini?Pada waktu yang sama perasaan takut aku juga tiba-tiba muncul dalam hidup aku.Takut akan kisah-kisah silam aku yang buruk kerana dia lebih mengenali diri aku berbanding diri aku sendiri.Entah baik atau tidak dimata dia tentang diri aku ini.Puas aku bertanya tentang diri aku yang silam padanya.Tetapi dia tetap enggan memberitahu aku segalanya.Aku dapat rasakan terdapat banyak rahsia hidup aku tersimpam dalam diri dia.Entah bila aku dapat menungkaikan kesemuanya.


Kini aku tetap begini,masih mencari siapa diri aku sebenar.Walau apa pun,aku tidak akan mensia-siakan peluang hidup kedua yang Tuhan telah berikan pada aku.Aku berdoa agar dapat sesuatu yang dapat membinbing aku untuk terus maju selepas ini.Dalam masa yang sama,kita sama-samalah mencari ketenagan dalam hidup masing-masing.Jangan selubungi hidup ini dengan kemurkaan sahaja.